Posts

KURUS dan KOBID

Image
 AKU KURUS selepas bertapa di PPUKM beberapa hari ni, dah jadi kurus aku. Berat aku masih dalam lingkungan 89Kg. Masa test kat pusat CAC pun 95kg, dan tinggi 169 cm, ingat lagi abang tu sebut dan ingat ya.. jap lagi nak tanya. Jadi aku pun ingat la dua angka tu, berat dan tinggi.

EBEK PULAU PERHENTIAN

Image
 AKU DI HUKM & MEREKA DI PULAU PERHENTIAN Abe Zul dan team pemburu ebek mengharungi laut pulau perhentian, mencari ebek. Pastinya untuk hidangan sup ikan yg lazat, yg lebih menyelerakan kalau dimakan di Manik Urau. Tahniah kejayaan milik anda. Laut tidak pernah menghampakan.  Harap harap cikgu fadzil tidak muntah untuk trip kali ini.

COVID19 dan aku

Image
POSITIVE COVID19 setelah menjalani ujian swab test di UCSI. Terus melengkapkan status mySejahtera, sebagai warga yg bertanggung jawab. Saya menyiapkan diri untuk kurantin dirumah. Namun pada khamis malam tersebut, saya rasa perlu terus ke hospital untuk pemeriksaan kerana oksigen adalah pada paras 92%. berjaga jaga dan ambil tindakan sebagaimana yg diarahkan. Menjadi warga negara yg bertanggugjawab serta peduli masyarakat dan persekitaran.

DR LINTAH

Image
 MAT KIAQ DI SERI GOMBAK PENGALAMAN pertama aku, menjalani rawatan lintah. Entah apa alasan, yg pasti kerana Mat Kiaq menjalankan perniagaan tersebut. Maka kena sokong kawan. Teruk juga bila tak dengar nasihat pakar. Dengar sahaja tanpa amal, seumpama pokok tidak berbuah. Maka.dengar dan taat. Jangan sentuh luka tu, biarkan selama 4 jam. Aku dan balut tu, jap lagi darah tu beku, so tiada yang meleleh di merata.  Nasib baik kerana hanya selepas 3 jam dlm balutan , darah berhenti mengalir. ITU semua salah aku, aku yang sentiasa pandai ni, sampai rumah sahaja, terus buka dan bersihkan tempat luka gigitan lintah. Hasilnya darah mengalir sebagaimana yg berlaku di seri gombak selepas rawatan di buat.

LARI DARI PKPD S'GOR

Image
 PKPD KUALA LUMPUR DAN SELANGOR LARI dari kawasan PKPD akan menyebabkan merebaknya virus. Namun mungkin ianya berbeza bila lari dari KL / Sgor dan bertapa di dalam hutan, tanpa ada contact dgn rakyat tempatan. Manik Urai kawasan terpencil, dan nyaman dgn udara yg sejuk serta punca air yg menyegarkan. Internet menjadi suatu keperluan di dunia maju hari ini. Buntu suatu hari yg berlalu tanpa internet. Lebih baik dari yg dua (2) itu , yg kononnya 500mbs Makan yg tidak pernah mengecewakkan dari chef pok odd Namun apa yg perlu difahami ialah, widoms dari PKPD, iaitu yg keluar, dan jangan merebakkan jengkitan atau dijangkiti.

PKP PKPB PKPP

Image
 PENDEMIK  Malaysia dihantui dengan serangan virus corona virus. Masih ada yang tidak mampu untuk percaya. Wpun kesannya amat terasa. Ramai yg mempertikai kepentingan untuk suntikan anti virus. Mereka digelar kumpulan antivirus. Mereka bukan antivirus, bila mereka dihampiri dan ditanyakan. Ianya hanya kesimpulan liar oleh mereka yg beragenda. Sekurang kurangnya berjaya menlencungkan pandangan rakyat yg tertanya status temujanji mereka untuk menerima vaksin. Kesedaran timbul kepada mereka yg suka melengah-lengahkan tindakan untuk menerima vaksin anti virus tersebut. Kita suka berebut, mungkin pertandingan, atau cabaran. SEMUGA Malaysia akan mampu bergerak dan beroperasi seperti sebelum. Kita mampu merubahnya.

TALI GANTUNG

Image
 Seksyen 39B ADB 1952 LEPAK dan berbual kosong sehingga ke pagi, bersama kawan kawan, dan kawan kepada kawan mereka. Pergi yang itu, datang yang ini silih berganti. Tiba tiba datang polis ketuk pintu. Barang salah dijumpai. Maka merengkoklah mereka didalam tahan selama hampir 3 tahun, menunggu perbicaraan. Padah bila berkawan dengan mereka yang tidak baik. Mereka mungkin tidak jahat, namun telah memusnahkan kehidupan. Tiada kebebasan dan menjalani usia muda di sebalik tirai besi. Kebebasan akhirnya milik kamu, seandainya kamu tidak terlibat. Berdoalah semuga keadilan ditegakkan. Selesai menulis hujahan di akhir kes pendakwaan kes 39B yang melibatkan 4 sahabat dan 6 kawan kawan yang melepak dan berbual kosong. Namun terdapat dadah berbahaya yang ditinggalkan di tempat itu. Milik siapakah dadah itu.