Posts

Showing posts from January, 2020

KELANG BANDAR DIRAJA

Image
Bandar Klang Yang Bersejarah 30.01.2020 KHAMIS > Saya suka makan di klang. Banyak restoren lama yang masih beroperasi, kedai kopi cina yg menghidangkan kopi kaw dengan roti bakar yang disediakan secara tradisional Signboard atau papan tanda bertulisan jawi. Peniaga itu menyatakan bahawa datuk beliau pandai menulis dan membaca jawi. Tiada isu pun masa tu berkenaan dengan tulisan jawi. Mungkin penduduk Malaysia sekarang hidup dalam keraguan. Sikap yang tidak elok dan tidak betul setelah semakin lama kita bergaul. Setelah kita semua berikrar dan menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia, dan tiada negara di dunia yang menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup berbilang kaum. Kita menerima semua sebagai bangsa Malaysia. Hari ni saya ke sini berpagi pagian menunaikan amanah dan menyelesaikan kerja yang dipertanggungjawabkan. Semuga dipermudahkan. #MalaysiaHarmoni #Negaraku #MalaysiaMilikKita

POK LEH KELOH

Image
Ikan Kelah Sungai Lakloh Terima kasih pok leh kerana menyediakan masakan ikan kelah goreng. Ikan kenerak masak tempoyak juga menyelerakan. Ikan segar, dimasakan dengan bahan bahan yang segar dari hutan sememangnya menyelerakan.

TEA TARIK TIME

Image
Tea Tarik minuman kegemaran Malaysia Minum petang, masih yang paling lazat. Tea Tarik kegemaran Malaysia. Namun ianya tidak baik untuk mereka yang mengidap kencing manis. Jadi, saya menikmati kelazatannya hanya sekali seminggu 'cheat day'. Kadang kadang bila terlalu kemaruk tea tarik saya akan memilih Tea C Kosong. Ianya tiada sehebat tea tarik, tapi mampu untuk menghilangkan sedikit rindu kepada tea tarik. Cuma sekarang, pisang goreng yang perlu dikurangkan. Minyak gorengan yang terkadang begitu hitam berkarbon, menghilangkan selera makan. Justeru perasaan bersalah membazirkan makanan, perlu diselaraskan dengan perasaan bersalah meracuni diri dengan makanan yang tidak berkhasiat.

WAKAF CHE YEH

Image
Wakaf Che Yeh Balik raya cina, kelantan negeri berbudaya, meraikan sahabat berbangsa cina. James sahabat lama, berjumpa di wakaf che yeh, selepas berjanji. Beliau memberikan sekotak limau mandarin. Premium Quality Limau Mandarin Tqvm, bro. Nampaknya percubaan politikus yang cuba merosakkan perhubungan antara kaum gagal. Biarkan mereka dengan hati dan niat busuk terus menderita, melihat kebahagiaan perhubungan antara bangsa. #malaysiaHarmoni #malaysiaMilikKita

YG PERGI HATI TAK ELOK, YANG TINGGAL HATI TAK SENANG

Image
PUTERI GUNONG LEDANG Karya Agung ke layar perak oleh Puan Seri Tiara Jacquelina. Hebat lakonan M.Nasir dan Puan Seri Tiara Jacquelina, Alex Komang dan Christine Hakim, Tun Mamat yang dilakonkan oleh Khir Rahman juga hebat. Pasti akan menonton lagi Teater Puteri Gunong Ledang yang akan dipentaskan di Istana Budaya sempena tahun melawat Malaysia 2020.

HATI GORENG & TTUPAT SUTONG

Image
TTUPAT SUTON & HATI LEMBU GORENG Pemanduan yang tenang dari kompleks mahkamah Melaka. Telah ditetapkan selama dua (2) untuk pendengaran kes en.Wan hari ini dan esok. Walaubagaimana pun kes telah diputuskan pada hari ini dan tarikh esok dilapangkan. Tiba2 telefon berbunyi, dan begitu juga whatsapp notification. Berhenti di Hentian Senawang untuk ke bilik air serta membaca whatsapp hp. "Boh duk mna tu.... Br nok start goreng hati lembu kunyit telur dadar pedas n nasi paneh" Pergh pucuk dicita ulam mendatang. Kereta terus dipecut ke destinasi seterusnya. Pejabat En Yus merangkap stor & tempat berehat. Sebelum lunch dihidangkan, diberikan just detox yang sejuk dan menyelerakan. Lunch yang begitu nyakut, berselera dan kena dengan tengkok. Ketupat Sutong a.k.a sotong pulut desert selepas lunch. Pandai juga sahabat saya memasak berguru dengan YouTube. Terima kasih, daun keladi, kalau boleh jemputlah lagi. Masakan sedap lagi menyelerakan, Hidangan dimasa...

NASI AYAM HAINAN

Image
NASI AYAM REST.  ONDE ONDE Tauhu bakar memang sedap, Stopa kata kering sangat. Memang la dah dibakar, tentu la kering hahahahah gelak Lan. Demo rajin makan ke tauhu bakar ni Stopa. Lan yang makan nasi ayam, memuji nasi ayam sedap. Tapi tak habis pun satu pinggan tu. Kekenyangan selepas makan beranika jenis kuih tradisional.

TAHAN TAUK

Image
MENANGKAP IKAN HARUAN Aktiviti musim bah. Terkenang semasa kecil, aktiviti yang selalu dilakukan semasa musim bah. Menangkap ikan haruan bukan perkara senang. Ikan liar yang juga pemangsa. Panchor pok.cik, lokasi strategi bagi menangkap ikan secara menahan tauk. Kawasan tu selamat dari kena pow oleh orang jahat. Situasi yang berlaku, bila tauk kita dimakan ikan dan tergantung kat situ. Maka ada la mereka yang dengki dan busuk hati nak curi ikan tu. Sisi baik mereka ialah mengambil ikan dan meletakkan semua umpan yg baru.

TERUS DAN TELUS

Image
TERUS DAN TELUS JIWA YANG TENANG Lunch di KGNS , lunch meeting dengan Nik Aminaldin Nik Jaafar. Kawan yang baik hati, telus pertuturannya. Menarik perwatakkan dan senang bercakap dengan beliau. Pok Nik seorang kawan yang hebat, tidak penah flip flop, berterus terang, senang berurusan dengan beliau.  Meneruskan aktiviti makan dan berbicang mengenai beberapa isu tertangguh, pisang goreng hari ni terbaik, pisang manis masak yang digoreng. Cempedak madu fresh. Better than yang digoreng. Nik Din mencadangkan YongTauFoo KGNS. Beliau menyatakan ianya adalah perniagaan oleh bekas pemenang kejuaraan golf Malaysia, kategori wanita. Tqvm bro. Closed deal. #YongTauFoo #KGNS #Silaturrahmi

SIMPLE DAN SEDAP

Image
MAKANAN DAN SELERA Makanan yang bersesuaian dengan selera. Simple dan mudah. Pendapat lain mengatakan bahawa ianya perlu fresh. Segar dari ladang, bahan bahan masak yang segar ini senang diuruskan dan pasti sedap dan menyelerakan. Tidak perlu campuran pelbagai unsur serta pelbagai rempah ratus, sekadar penambah rasa bagi menyemarakkan lagi keaslian bahan yang dimasak. #singgangIkanSegar #seafood

LAKE FIELD

Image
MERAIKAN KEPULANGAN SAHABAT Prof Rizon sahabat saya pulang berkhidmat di Malaysia semula. Beliau sebelum ini bertugas di China. Professor di sebuah university swasta. Fakulti kejuruteraan. Beliau menalifon saya mengajak lunch, tapi saya telah ada lunch appointment dengan dato nasir dan nik din di KGNS. Terserempak pula dengan bekas YB Bachok Dato Awang Adek Hussin yang baru lepas main golf di KGNS tadi. Dinner di Restoren Padi Lake Field disertai bersama Aswadi, Pak Ngah, Prof Rizon dan Dato Nasir. Suasana yang nyaman serta damai. Makanan yang disediakan, boleh ditambah baik lagi. Tiga bintang sahaja rasa macam makanan fastfood. Mungkin bahan utama tersebut telah disejuk beku. Apa2 pun masih sedap namun tidak sesedap Menate. #penambahbaikkan #makanant3bintang #bersihdanselesa #layanan5bintang #padiLakeField

FROM AIRPORT TO KGNS

Image
DINNER AT KGNS Sejurus mendarat di lapangan terbang sultan abdul aziz shah subang, dengan menaiki kereta DAV 300 terus menuju ke KGNS.  Terima kasih kepada En Marzuki Jusoh yang setia memandu dan membawa kami ketempat yang dituju bagi tujuan tersebut. Alhamdulillah selamat sampai seperti yang dirancang. Bukannya lapar perut, tapi hati dan telinga ingin bercerita dan mendengar. Pasal kelah, pasal napuh, cerita lebah madu, cerita royal belum, cerita orang asli. Tak lupa cerita kain batik untuk raja sehari. Dinner yang simple, nasi goreng cendana, nasi goreng kampung dan gado gado. Sedap dan menyelerakan wpun kami tak lapar. Tapi rutin tetap di penuhi dan dilaksanakan dengan jaya. Banyak menu yang dah habis, kami sampai pun lewat dah jam 8.45pm. Kuih muih dah masuk dalam dah. Member pun ada dua meja. Satu group minum lepas golf. Satu meja lagi family dinner.

PANTAI DAN KETENANGAN

Image
KETENANGAN DALAM DERUAN OMBAK Menikmati Tea O panas dan pisang goreng di bawah deruan angin pantai yang menghembus. Di pantai bukit keluang, persisiran pantai terengganu. Tiada kata secantik bahasa, kenikmatan kurniaan Allah tak kala tubuh masih sihat. Mulut boleh mengunyah, dan lidah boleh merasa. Rasailah kenikmataan ciptaan Allah, melalui penciptaan makanan dan rasanya. Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah yang maha pencipta. Dan kewujudan kasih sayang Allah atas kejadian makhluk yang menyatakan kekuasaan Nya di alam ini.

STRAW SERAI

Image
STRAW SERAI Straw serai telah lama diperkenalkan, ianya adalah mesra alam semulajadi. Ditanam dan dituai oleh para petani, dan tidak membebankan bumi bertuah, kerana ianya senang dan singkat untuk diuraikan oleh tanah. Straw plastik sebagaimana kajian yang telah dibuat memakan masa yang sangat lama untuk diuraikan. Berpuluh puluh tahun, dan menyebabkan pencemaran alam sekitar serta mencetuskan tindakbalas kimia yang berbahaya kepada kehidupan. #alamSekitar #jagaBumi #sampah #recycle

HENTIAN NILAI

Image
NASI LEMAK HENTIAN NILAI Nasi lemak makanan popular dikalangan rakyat Malaysia. Hari ini di hentian nilai sekali lagi pilihan saya adalah nasi lemak. Sarapan pagi yang begitu enak, namun dikatakan tidak sihat. Pagi ini tidak seperti kebiasaannya, saya memilih nasi berlauk atau nasi dagang. Berlaukkan ikan tongkol atau serati dimasak kerutuk. Sedap pastinya, khasiat entahlah. InsyaAllah, esok giliran nasi berlauk di Pantai Dalam. Alhamdulillah, nikmat Allah yang mana lagi, yang engkau mahu dustakan. #syukur #nikmatAllah #nasiLemak #nasiBerlauk

LIVERPOOL MUSIM 2019/2020

Image
KELAB BOLASEPAK KEGEMARANKU LIVERPOOL, suatu nama yang gah dipersada bolasepak Inggeris. Namun dek kerana terlalu lama tidak menjulang Piala, ianya seakan dilupakan. Tapi tidak bagi peminat tegar the red. Tag line You Will Never Walk Alone @ YNWA. Tahun 2019/2020 ini menjadi suatu tahun harapan paling tinggi kepada The Red untuk menjuarai Piala Liga. Semuga tahun ini nasib lebih baik dari tahun sebelumnya. Kerana tidak ada suatu sebab untuk Liverpool gagal menjulang Piala Liga Inggeris musim ini. #ynwa #epl

SEPETANG DI TOK BALI

Image
SEPETANG DI TOK BALI Makanan di sini sentiasa awesome. Abe Zul akan menyediakan segala keperluan yang pasti menambat hati dan membuka selera. Makanan laut dari pantai Tok Bali tidak pernah menghampakan. Dibakar, di singgang, masak sup. Sup Ppalo ikan mok ambo. Pasti meninggalkan kesan yang mendalam. Teringat boh... sup ppalo ikan mok ambo yang disediakan oleh Abe Zul. Tuan Pengarah Mohd Raizuli Mat Jusoh menunjukkan bakat terpendam menyediakan BBQ Seafood. Nikmat Allah yang mana lagi engkau dustakan. #RaizuliMatJusoh #SeafoodBBQ #TokBali #KaiserNasir #MarzukiJusoh