SANTUNI MEREKA
MCO dan KELANSUNGAN HIDUP
BANTULAH mereka dengan segala upaya yang kita ada dan mampu. Mereka bukan meminta minta apa yang kita punya. Mereka hanya perlu dipermudahkan. Mereka ada usaha, dan jangan kita memayahkan.
Mereka hanya perlu dipermudahkan. Itu sahaja yang mereka dambakan. Jangan menyusahkan mereka. Mereka terhad dalam memahami rasional dan kreatif pendekatan kerajaan serta pihak berkuasa.
Permudahkan urusan mereka, nescaya kita akan terkejut dengan kemampuan mereka berdikari, dan meneruskan kelansungan hidup diera yang mencabar ini.
Kita mampu membantu, kita boleh mempermudahkan, dan mereka memerlukan serta mendambakan itu. Tidak banyak yang dipohon, dan pengertian itu adalah asas yang utama, untuk kita dan mereka bersama berganding bahu, bertindak tepat di dalam ruang lingkup pasca covid19.
Semuga Allah membantu kita semua , dalam mengharungi detik yang gentir ini.

Comments
Post a Comment