Posts

NASI AYAM HAINAN

Image
NASI AYAM REST.  ONDE ONDE Tauhu bakar memang sedap, Stopa kata kering sangat. Memang la dah dibakar, tentu la kering hahahahah gelak Lan. Demo rajin makan ke tauhu bakar ni Stopa. Lan yang makan nasi ayam, memuji nasi ayam sedap. Tapi tak habis pun satu pinggan tu. Kekenyangan selepas makan beranika jenis kuih tradisional.

TAHAN TAUK

Image
MENANGKAP IKAN HARUAN Aktiviti musim bah. Terkenang semasa kecil, aktiviti yang selalu dilakukan semasa musim bah. Menangkap ikan haruan bukan perkara senang. Ikan liar yang juga pemangsa. Panchor pok.cik, lokasi strategi bagi menangkap ikan secara menahan tauk. Kawasan tu selamat dari kena pow oleh orang jahat. Situasi yang berlaku, bila tauk kita dimakan ikan dan tergantung kat situ. Maka ada la mereka yang dengki dan busuk hati nak curi ikan tu. Sisi baik mereka ialah mengambil ikan dan meletakkan semua umpan yg baru.

TERUS DAN TELUS

Image
TERUS DAN TELUS JIWA YANG TENANG Lunch di KGNS , lunch meeting dengan Nik Aminaldin Nik Jaafar. Kawan yang baik hati, telus pertuturannya. Menarik perwatakkan dan senang bercakap dengan beliau. Pok Nik seorang kawan yang hebat, tidak penah flip flop, berterus terang, senang berurusan dengan beliau.  Meneruskan aktiviti makan dan berbicang mengenai beberapa isu tertangguh, pisang goreng hari ni terbaik, pisang manis masak yang digoreng. Cempedak madu fresh. Better than yang digoreng. Nik Din mencadangkan YongTauFoo KGNS. Beliau menyatakan ianya adalah perniagaan oleh bekas pemenang kejuaraan golf Malaysia, kategori wanita. Tqvm bro. Closed deal. #YongTauFoo #KGNS #Silaturrahmi

SIMPLE DAN SEDAP

Image
MAKANAN DAN SELERA Makanan yang bersesuaian dengan selera. Simple dan mudah. Pendapat lain mengatakan bahawa ianya perlu fresh. Segar dari ladang, bahan bahan masak yang segar ini senang diuruskan dan pasti sedap dan menyelerakan. Tidak perlu campuran pelbagai unsur serta pelbagai rempah ratus, sekadar penambah rasa bagi menyemarakkan lagi keaslian bahan yang dimasak. #singgangIkanSegar #seafood

LAKE FIELD

Image
MERAIKAN KEPULANGAN SAHABAT Prof Rizon sahabat saya pulang berkhidmat di Malaysia semula. Beliau sebelum ini bertugas di China. Professor di sebuah university swasta. Fakulti kejuruteraan. Beliau menalifon saya mengajak lunch, tapi saya telah ada lunch appointment dengan dato nasir dan nik din di KGNS. Terserempak pula dengan bekas YB Bachok Dato Awang Adek Hussin yang baru lepas main golf di KGNS tadi. Dinner di Restoren Padi Lake Field disertai bersama Aswadi, Pak Ngah, Prof Rizon dan Dato Nasir. Suasana yang nyaman serta damai. Makanan yang disediakan, boleh ditambah baik lagi. Tiga bintang sahaja rasa macam makanan fastfood. Mungkin bahan utama tersebut telah disejuk beku. Apa2 pun masih sedap namun tidak sesedap Menate. #penambahbaikkan #makanant3bintang #bersihdanselesa #layanan5bintang #padiLakeField

FROM AIRPORT TO KGNS

Image
DINNER AT KGNS Sejurus mendarat di lapangan terbang sultan abdul aziz shah subang, dengan menaiki kereta DAV 300 terus menuju ke KGNS.  Terima kasih kepada En Marzuki Jusoh yang setia memandu dan membawa kami ketempat yang dituju bagi tujuan tersebut. Alhamdulillah selamat sampai seperti yang dirancang. Bukannya lapar perut, tapi hati dan telinga ingin bercerita dan mendengar. Pasal kelah, pasal napuh, cerita lebah madu, cerita royal belum, cerita orang asli. Tak lupa cerita kain batik untuk raja sehari. Dinner yang simple, nasi goreng cendana, nasi goreng kampung dan gado gado. Sedap dan menyelerakan wpun kami tak lapar. Tapi rutin tetap di penuhi dan dilaksanakan dengan jaya. Banyak menu yang dah habis, kami sampai pun lewat dah jam 8.45pm. Kuih muih dah masuk dalam dah. Member pun ada dua meja. Satu group minum lepas golf. Satu meja lagi family dinner.

PANTAI DAN KETENANGAN

Image
KETENANGAN DALAM DERUAN OMBAK Menikmati Tea O panas dan pisang goreng di bawah deruan angin pantai yang menghembus. Di pantai bukit keluang, persisiran pantai terengganu. Tiada kata secantik bahasa, kenikmatan kurniaan Allah tak kala tubuh masih sihat. Mulut boleh mengunyah, dan lidah boleh merasa. Rasailah kenikmataan ciptaan Allah, melalui penciptaan makanan dan rasanya. Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah yang maha pencipta. Dan kewujudan kasih sayang Allah atas kejadian makhluk yang menyatakan kekuasaan Nya di alam ini.