Posts

KELANG BANDAR DIRAJA

Image
Bandar Klang Yang Bersejarah 30.01.2020 KHAMIS > Saya suka makan di klang. Banyak restoren lama yang masih beroperasi, kedai kopi cina yg menghidangkan kopi kaw dengan roti bakar yang disediakan secara tradisional Signboard atau papan tanda bertulisan jawi. Peniaga itu menyatakan bahawa datuk beliau pandai menulis dan membaca jawi. Tiada isu pun masa tu berkenaan dengan tulisan jawi. Mungkin penduduk Malaysia sekarang hidup dalam keraguan. Sikap yang tidak elok dan tidak betul setelah semakin lama kita bergaul. Setelah kita semua berikrar dan menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia, dan tiada negara di dunia yang menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup berbilang kaum. Kita menerima semua sebagai bangsa Malaysia. Hari ni saya ke sini berpagi pagian menunaikan amanah dan menyelesaikan kerja yang dipertanggungjawabkan. Semuga dipermudahkan. #MalaysiaHarmoni #Negaraku #MalaysiaMilikKita

POK LEH KELOH

Image
Ikan Kelah Sungai Lakloh Terima kasih pok leh kerana menyediakan masakan ikan kelah goreng. Ikan kenerak masak tempoyak juga menyelerakan. Ikan segar, dimasakan dengan bahan bahan yang segar dari hutan sememangnya menyelerakan.

TEA TARIK TIME

Image
Tea Tarik minuman kegemaran Malaysia Minum petang, masih yang paling lazat. Tea Tarik kegemaran Malaysia. Namun ianya tidak baik untuk mereka yang mengidap kencing manis. Jadi, saya menikmati kelazatannya hanya sekali seminggu 'cheat day'. Kadang kadang bila terlalu kemaruk tea tarik saya akan memilih Tea C Kosong. Ianya tiada sehebat tea tarik, tapi mampu untuk menghilangkan sedikit rindu kepada tea tarik. Cuma sekarang, pisang goreng yang perlu dikurangkan. Minyak gorengan yang terkadang begitu hitam berkarbon, menghilangkan selera makan. Justeru perasaan bersalah membazirkan makanan, perlu diselaraskan dengan perasaan bersalah meracuni diri dengan makanan yang tidak berkhasiat.

WAKAF CHE YEH

Image
Wakaf Che Yeh Balik raya cina, kelantan negeri berbudaya, meraikan sahabat berbangsa cina. James sahabat lama, berjumpa di wakaf che yeh, selepas berjanji. Beliau memberikan sekotak limau mandarin. Premium Quality Limau Mandarin Tqvm, bro. Nampaknya percubaan politikus yang cuba merosakkan perhubungan antara kaum gagal. Biarkan mereka dengan hati dan niat busuk terus menderita, melihat kebahagiaan perhubungan antara bangsa. #malaysiaHarmoni #malaysiaMilikKita

YG PERGI HATI TAK ELOK, YANG TINGGAL HATI TAK SENANG

Image
PUTERI GUNONG LEDANG Karya Agung ke layar perak oleh Puan Seri Tiara Jacquelina. Hebat lakonan M.Nasir dan Puan Seri Tiara Jacquelina, Alex Komang dan Christine Hakim, Tun Mamat yang dilakonkan oleh Khir Rahman juga hebat. Pasti akan menonton lagi Teater Puteri Gunong Ledang yang akan dipentaskan di Istana Budaya sempena tahun melawat Malaysia 2020.

HATI GORENG & TTUPAT SUTONG

Image
TTUPAT SUTON & HATI LEMBU GORENG Pemanduan yang tenang dari kompleks mahkamah Melaka. Telah ditetapkan selama dua (2) untuk pendengaran kes en.Wan hari ini dan esok. Walaubagaimana pun kes telah diputuskan pada hari ini dan tarikh esok dilapangkan. Tiba2 telefon berbunyi, dan begitu juga whatsapp notification. Berhenti di Hentian Senawang untuk ke bilik air serta membaca whatsapp hp. "Boh duk mna tu.... Br nok start goreng hati lembu kunyit telur dadar pedas n nasi paneh" Pergh pucuk dicita ulam mendatang. Kereta terus dipecut ke destinasi seterusnya. Pejabat En Yus merangkap stor & tempat berehat. Sebelum lunch dihidangkan, diberikan just detox yang sejuk dan menyelerakan. Lunch yang begitu nyakut, berselera dan kena dengan tengkok. Ketupat Sutong a.k.a sotong pulut desert selepas lunch. Pandai juga sahabat saya memasak berguru dengan YouTube. Terima kasih, daun keladi, kalau boleh jemputlah lagi. Masakan sedap lagi menyelerakan, Hidangan dimasa...

NASI AYAM HAINAN

Image
NASI AYAM REST.  ONDE ONDE Tauhu bakar memang sedap, Stopa kata kering sangat. Memang la dah dibakar, tentu la kering hahahahah gelak Lan. Demo rajin makan ke tauhu bakar ni Stopa. Lan yang makan nasi ayam, memuji nasi ayam sedap. Tapi tak habis pun satu pinggan tu. Kekenyangan selepas makan beranika jenis kuih tradisional.