Posts

TENTERA & COVID.19

Image
Tentera akan membantu Polis Covid.19 Menteri kanan Dato Seri Ismail Soberi memaklumkan bahawa tentera akan membantu polis menguatkuasakan perintah kawalan perjalanan bagi mengekang penyebaran wabak corona virus. Harap semua warganegara dapat memberikan kerjasama sewajarnya. Negara kita tanggung jawab kita. Hentikan penyebaran Corona Virus. #stopCovid.19

RAYUAN SEORANG PM COVID.19

Image
Rayuan PM8 Covid.19 PM 8 TS Muhyiddin tetap merayu supaya menjaga negara tercinta. Hanya 14 hati sahaja. Jangan biarkan gelombang kedua berakhir dengan perlaksanaan Kawalan Perjalanan peringkat ke 2 ekoran kesilapan sendiri, dan merebakkan gelombang ke3. Hanya 14 hari sahaja. Dua (2) minggu bukan waktu yang lama. Semuga semuanya kembali kepada asal, sihat dan walafiat. Bertanggungjawab kepada negara, rakyat dan bangsa. Negara kita tanggungjawab kita. Perlu dijaga, perlu dipelihara.

COVID.19

Image
COVID.19 stay at home, jgn keluar. Putuskan rantaian jangkitan virus merbahaya tu. Jaga diri dan jaga semua masyarakat agar semua, sihat dan sejahtera. Jadilah warganegara yang bijak dan bertanggungjawab. Sayangi negara dan masyarakat. Negara ini kita punya.

TANAH MERAH

Image
BILA ADA PERTUDUHAN 18.02.2020 Rabu > Hari kerja di negeriku , tanah tumpahnya darah ku. Membela seorang yang dituduh mengedar dadah. Kes hari ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu kerana mahkamah majistret Tanah Merah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar suatu kes yang membawa hukuman mati. Dadah berbahaya, akan memusnahkan negara dan rakyat. Banteras dari akar umbi kerana mencegah lebih baik dari mengubati. #gambar bersama dengan kawan yang bijaksana mewakili OKT1

LIFE is SIMPLE

Image
STOP ANALYSING THING Hidup seadanya jgn keterlaluan, hgn over react

PISANG GORENG

Image
Pisang Goreng Medan MARA Pisang goreng masih menjadi mangsa. Mangsa dek keboringan menunggu kawan. Beliau masih di kelang, dan akan ke Sunway terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan komuter ke Bank Negara. Pisang goreng ditambah bila beliau menyatakan tersesat. Naik komuter boleh sesat, hahahhaha "aku turun kat KL Sentral la bro". Aku naik putra LRT ... than abang tu cakap kena tukar ke star LRT baru boleh sampai situ Ok lah marzuki jusoh, aku tunggu hingga mu sampai. Apa2 pun jangan lorat, jangan kalut... sampai jua, SOGO tak lari ke mana pun.

PLAN TO MANIK URAI

Image
Dinner Meeting at KGNS Berbincang dan merancang adalah asas kepada suatu kejayaan, dan amatlah sedap berbincang sambil makan. Nikmat Allah yang mana lagi, yang engkau dustakan. Menunggu makanan tidak lama pun, tapi suasana dimana tiada orang berbicara dgn suara yang lantang menjadikan ianya sunyi (mendamaikan). Makan sambil mencuit juadah yang sampai, sambil menunggu hidangan utama disajikan, 50% done dan separuh perut telah penuh. Kelihatan 70% menu yang sama dipesan, adakah kerana sedap, atau pun sememangnya tiada pilihan yang dikira sesuai dengan tekak ini. Nikmat lah rezeki Allah yang tersedia dan sentiasa ingat segalanya adalah Allah, menyediakan, tersedia , menikmati , merasai dan itulah kehidupan. Kewujudan Allah sentiasa terzahir pada setiap yang berlaku dan berlalu. Kebesaran tanda tanda kewujudan dan kekuasaan Allah pada setiap sudut yang kamu pandang. Kasih sayang yang melimpah ruah tanpa ada batasan jelas dan terzahir pada mereka yang berfikir dan menel...