Posts

COURT & COVID19

Image
 SEGALANYA dalam norma baru. Berbeza dengan apa yg telah dilakukan sejak 20 tahun yang lalu. Sangat sangat berbeza sehinggakan gagal untuk dicernakan oleh suatu pemikiran, tidak lah pelik tertapi yang dulu kononnya tidak boleh, sekarang menjadi boleh dan diperbolehkan. Manusia perlu ada suatu yang memaksa dan mendorong sebelum sesuatu itu mampu diambil tindakan dan diubah. Dengan covid19 perjalanan Mahkamah menjadi sangat berbeza, dan impak ekonomi juga menjelma serta menampakkan wajah sebenar. Tiada yg perlu di segerakan, tiada yg menjadi sangat penting berbanding dgn nyawa dan kehidupan sendiri. Minggu ini masih menunggu kepastian, samada perlu PKPB diteruskan dan mahkamah akan ditangguhkan lagi buat kesekian kalinya. Pasti kerajaan tahu apa yg terbaik buat rakyat pafa masa ini, dan kesan serta akibat kepada mereka yg lain.

mencari bahagia

Image
kebahagian hidup dan kegembiraan. Kita berbeza pada menilai, kita berbeza pada pendekatan, kita juga berbeza dalam kesimpulan. Namun apa yg dicari adalah bahagia, dlm konteks kita, pada acuan kita... dan kita, hanya kita yg mengalaminya. Justeru apakah ianya perlu dicari, adalah ia hilang, atau belum berjumpa lagi. Mungkin hanya kita yg buta dlm menilai, pastikah kita gagal mengenali apa itu bahagia. Bahagia telah ada sejak azali dlm diri. Namun dek kejahilan menilai, zat kebahagiaan itu, kita jelmakan sebagai derita. Salahnya kita, muhasabahlah wahai insan.

KBHC 29.11.2020

Image
 ANAK GUAM Maaf ko ambo deh, tak leh nak gi jupo demo, covid19 punya pasal... penjara tak bui masuk. Demo sobar semetar, ada hikmah tu, kawe pun berasa tidak puashati ... bila baca/tulis/ubah dan berkecek ngan demo di Mahkamah baru ni. Macam ada beberapa benda kurang jelas, alik demo nak beroyat... demo tak reti nak royat ko, atawa demo tak berapa nak royat. Mudoh2 kata ada sejenis mugo yg kelihatan seperti diluah mati mok, ditelan mati bapak... dikemam mati demo. Fikir dan timbang molek boh. Keadilan bagi org yg bersedia menegakkan keadilan.

RAYA

Image
RAYA PUASA 1441H Tahun ni kena beraya di Perantauan. Covid19 mengamuk dan kita kena putuskan rantaian. BACHOK mu tunggu aku kelik lepas ni. Bila kerajaan umumkan boleh rentas negeri. INSYAALLAH.  Raya puasa tahun ni, berbeza tapi bermakna. Covid19 memaksa kita berjaga jaga bagi memastikan jangkitan tidak merebak. #staysafe #breakTheChain Raya pertama sahaja dibenarkan untuk ziarah, dengan SOP yang ditetapkan. Kita jaga kita, jauhi jangkitan covid19. Selamat Hari Raya di perantauan kepada anal saudara ku abe irfan di Mesir. Ayah.Cik pun tak dapat balik kampung kerana pendemik covid19. Semuga kita semua dipanjangkan umur, untuk bersama menyambut ramadhan dan hari raya pada tahun hadapan.

COVID19

Image
FASA PKPB Pkp yg berlansung dekat dua bulan doh (52 hari) pakai jeng ngan ggini doh, opis tak buka sewa nak kena bayar PKP masuk fasa 4, cukup membuatkan kita teruja operasi dikatakan bukan, cukup teliti dan SOP yg tinggi bagi mengelakkan terkena corona virus. Semuga penawar kepada gejala ini segera dijumpai #covid19 #kitaJagaKita #kitaMestiMenang

TENTERA & COVID.19

Image
Tentera akan membantu Polis Covid.19 Menteri kanan Dato Seri Ismail Soberi memaklumkan bahawa tentera akan membantu polis menguatkuasakan perintah kawalan perjalanan bagi mengekang penyebaran wabak corona virus. Harap semua warganegara dapat memberikan kerjasama sewajarnya. Negara kita tanggung jawab kita. Hentikan penyebaran Corona Virus. #stopCovid.19

RAYUAN SEORANG PM COVID.19

Image
Rayuan PM8 Covid.19 PM 8 TS Muhyiddin tetap merayu supaya menjaga negara tercinta. Hanya 14 hati sahaja. Jangan biarkan gelombang kedua berakhir dengan perlaksanaan Kawalan Perjalanan peringkat ke 2 ekoran kesilapan sendiri, dan merebakkan gelombang ke3. Hanya 14 hari sahaja. Dua (2) minggu bukan waktu yang lama. Semuga semuanya kembali kepada asal, sihat dan walafiat. Bertanggungjawab kepada negara, rakyat dan bangsa. Negara kita tanggungjawab kita. Perlu dijaga, perlu dipelihara.