Posts

lari dari COVID19

Image
MENCARI dalam hutan, tak akan berjumpa, damai itu dalam dari mu, damai tu ialah apa yg engkau nikmat pada definisi diri sendiri Mungkin faktor damai itu ada merata, namun ianya sekadar pemangkin pada kedamaian. Maka jangan buta pada kebahagiaan dan kedamaian disekeliling mu, kenali ia, dan garapkan dlm kehidupan.

Gedeber ni tak ke mana pun!

Image
ABE mie mari court lagi hari ni. Diumur pencen sepatutnya abe min tak mari doh gelewak kok Mahkamah sebagai OKT ni. Bbari abe mie sambil tersenyum. Tqvm, abe mie, belanja breakfast GreenTea du kompleks Mahkamah Kuala Lumpur SEKSYEN 324 bukan kes besar, tapi mencemuhkan. dan merasa malu kepada menantu dan cucu. Anak anak memang dah tahu baran ayahnya ni, tapi menantu tercengang bila dapat tahu mertua didakwa kononnya mencederakan orang, woun tiada yg cedera, namun kejadian itu boleh dielakkan "dengan dayus" kata org muda, tapi sebagai org tua, pergi mampus la dengan gedeber tu. Lama sudoh hidup gedeber ni. (suhaimi, 2020) Tak sepatutnya merekodkan diri diusia pencen ni dgn satu sabitan jenayah, tambahan pula ianya bukan dgn niat , jauh sekali perlakuan. AKU diam mendengar, dan akan cuna memanfaatkan diri dgn pengalaman dan nasihat abe mi.

Mok Nab Daud (arwah)

Image
Terima kasih mok.nab. Terima kasih kerana memahami, wpun dlm perasaan bercampur baur kerana masalah komunikasi. Tak tahu bercerita, mungkin kerana kurang petah, atau memang sudah tahu ianya tidak membawa kemana mana. Berdiam pada banyak masa, bercakap berpaling belakang. Sekadar mengurangkan rasa tidak puashati, menenangkan diri mu sendiri.  Demi kemaslahatan yg lebih besar. Dan ianya berjaya. Semua itu tidak kekal, tiada yg menang jauh sekali yg kalah. Semuanya pada tempatnya yg tersendiri. Kenangan menonton TV drumah mok nab, suatu kenangan yg sentiasa segar di minda. ALFATIHAH untuk arwah mok.nab, semuga damai disyurga Allah bersama hambaNya yg beriman.

COURT & COVID19

Image
 SEGALANYA dalam norma baru. Berbeza dengan apa yg telah dilakukan sejak 20 tahun yang lalu. Sangat sangat berbeza sehinggakan gagal untuk dicernakan oleh suatu pemikiran, tidak lah pelik tertapi yang dulu kononnya tidak boleh, sekarang menjadi boleh dan diperbolehkan. Manusia perlu ada suatu yang memaksa dan mendorong sebelum sesuatu itu mampu diambil tindakan dan diubah. Dengan covid19 perjalanan Mahkamah menjadi sangat berbeza, dan impak ekonomi juga menjelma serta menampakkan wajah sebenar. Tiada yg perlu di segerakan, tiada yg menjadi sangat penting berbanding dgn nyawa dan kehidupan sendiri. Minggu ini masih menunggu kepastian, samada perlu PKPB diteruskan dan mahkamah akan ditangguhkan lagi buat kesekian kalinya. Pasti kerajaan tahu apa yg terbaik buat rakyat pafa masa ini, dan kesan serta akibat kepada mereka yg lain.

mencari bahagia

Image
kebahagian hidup dan kegembiraan. Kita berbeza pada menilai, kita berbeza pada pendekatan, kita juga berbeza dalam kesimpulan. Namun apa yg dicari adalah bahagia, dlm konteks kita, pada acuan kita... dan kita, hanya kita yg mengalaminya. Justeru apakah ianya perlu dicari, adalah ia hilang, atau belum berjumpa lagi. Mungkin hanya kita yg buta dlm menilai, pastikah kita gagal mengenali apa itu bahagia. Bahagia telah ada sejak azali dlm diri. Namun dek kejahilan menilai, zat kebahagiaan itu, kita jelmakan sebagai derita. Salahnya kita, muhasabahlah wahai insan.

KBHC 29.11.2020

Image
 ANAK GUAM Maaf ko ambo deh, tak leh nak gi jupo demo, covid19 punya pasal... penjara tak bui masuk. Demo sobar semetar, ada hikmah tu, kawe pun berasa tidak puashati ... bila baca/tulis/ubah dan berkecek ngan demo di Mahkamah baru ni. Macam ada beberapa benda kurang jelas, alik demo nak beroyat... demo tak reti nak royat ko, atawa demo tak berapa nak royat. Mudoh2 kata ada sejenis mugo yg kelihatan seperti diluah mati mok, ditelan mati bapak... dikemam mati demo. Fikir dan timbang molek boh. Keadilan bagi org yg bersedia menegakkan keadilan.

RAYA

Image
RAYA PUASA 1441H Tahun ni kena beraya di Perantauan. Covid19 mengamuk dan kita kena putuskan rantaian. BACHOK mu tunggu aku kelik lepas ni. Bila kerajaan umumkan boleh rentas negeri. INSYAALLAH.  Raya puasa tahun ni, berbeza tapi bermakna. Covid19 memaksa kita berjaga jaga bagi memastikan jangkitan tidak merebak. #staysafe #breakTheChain Raya pertama sahaja dibenarkan untuk ziarah, dengan SOP yang ditetapkan. Kita jaga kita, jauhi jangkitan covid19. Selamat Hari Raya di perantauan kepada anal saudara ku abe irfan di Mesir. Ayah.Cik pun tak dapat balik kampung kerana pendemik covid19. Semuga kita semua dipanjangkan umur, untuk bersama menyambut ramadhan dan hari raya pada tahun hadapan.