NASI GORENG AIRPORT

KAKAK TERSAYANG



2012 > Nasi goreng ini abang iparku yang belanja, masa ni dia hantar aku ke airport pengkalan chepa, abang ipar ku yang pertama ini adalah suami kakak sulong ku.

Kedua mereka adalah insan paling mulia di dalam hidup ku. Menganggap ku sebagai seorang adik, dan sememangnya itu lah aku. Cuma terkadang aku merasa bahawa aku gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab ku sebagai seorang adik. Pada ku, aku mampu untuk melakukan lebih lagi serta lebih sempurna pada melaksanakan tanggungjawab sebagai adik lelaki.

Aku akan berusaha dan meneruskan dengan sedaya ku pada menyempurnakan.

Terima kasih kak.yah, ( Badriah Mohammed) dan abe.mat (Mohd Sorer Abu Bakar).

Jasa dan pengorbanan kamu berdua sentiasa dalam ingatan, dan tidak akan mampu aku balas hingga akhir nyawa ini.

Comments

Popular posts from this blog

STRAW SERAI

POK LEH KELOH

LAKE FIELD