BUAH TTERE
POHON KETEREH DI LOT 2592
20.01.2020 > Kampung Pondok Beris Kubor Besar 16050 Bachok Kelantan. Di sini aku dilahirkan, aku dibesarkan, aku bersekolah dan hanya selepas SPM aku keluar merantau meneruskan pelajaran.
Pokok ketereh (ttere) yang aku tanam setelah diarahkan oleh arwah ayah, untuk aku menanamnya sekeliling rumah.
Aku akur dengan menanam biji ttere mengikut sempadan tanah seluas 1/2 ekar yang baru ayahku beli dari mok.nan dengan harga RM23,000 tunai
Alfatihah untuk arwah mok.nab). Arwah mok.nab yang banyak sabar dengan kerenah nakal ku semasa kecil, aku tidak lah nakal, cuma keras kepala, padahal yang aku rasakan betul. Namun setelah meningkat tua, dan umurku telah bertambah baru aku faham... tidak hanya betul yang mesti ditegakkan tapi juga harmoni dan keselesaan hidup berjiran yang sementara sahaja, sebelum kita semua dipanggil Ilahi.
Pohon ketereh hidup subur dan menjadi tanda sempadan tanah 1/2 ekar itu. Buahnya yang menguning sememangnya memecahkan liur bagi setiap yang memandang. Ambillah wahai sahabat sejauh mana kamu terdaya memakannya. Jangan membazir.
Lantaran itu bila aku bercadang menanam kelapa pada garis sempadan tanah di paloh 3 kerana ingin dijadikan tanda sempadan dari jauh tanah tersebut. Ianya adalah idea arwah ayah yang sentiasa dalam ingatan ku.
Ayah aku bangga menjadi anakmu. Kamu sememangnya insan terpilih dan hanya aku yang mengerti itu. Engkau sentiasa hidup dalam jiwa dan raga ku. Pada setiap langkah dan pertuturan ku... tiba tiba aku terkenang, aku adalah kamu yang terus hidup di maya ini.

Pohon ketereh menandai sempadan
ReplyDeleteBatu sempadan sebagaimana geran,
Semuga aman di alam berkekalan
Bersama para solihin beriman.