Posts

TALI GANTUNG

Image
 Seksyen 39B ADB 1952 LEPAK dan berbual kosong sehingga ke pagi, bersama kawan kawan, dan kawan kepada kawan mereka. Pergi yang itu, datang yang ini silih berganti. Tiba tiba datang polis ketuk pintu. Barang salah dijumpai. Maka merengkoklah mereka didalam tahan selama hampir 3 tahun, menunggu perbicaraan. Padah bila berkawan dengan mereka yang tidak baik. Mereka mungkin tidak jahat, namun telah memusnahkan kehidupan. Tiada kebebasan dan menjalani usia muda di sebalik tirai besi. Kebebasan akhirnya milik kamu, seandainya kamu tidak terlibat. Berdoalah semuga keadilan ditegakkan. Selesai menulis hujahan di akhir kes pendakwaan kes 39B yang melibatkan 4 sahabat dan 6 kawan kawan yang melepak dan berbual kosong. Namun terdapat dadah berbahaya yang ditinggalkan di tempat itu. Milik siapakah dadah itu.

SANTUNI MEREKA

Image
 MCO dan KELANSUNGAN HIDUP BANTULAH mereka dengan segala upaya yang kita ada dan mampu. Mereka bukan meminta minta apa yang kita punya. Mereka hanya perlu dipermudahkan. Mereka ada usaha, dan jangan kita memayahkan. Mereka hanya perlu dipermudahkan. Itu sahaja yang mereka dambakan. Jangan menyusahkan mereka. Mereka terhad dalam memahami rasional dan kreatif pendekatan kerajaan serta pihak berkuasa. Permudahkan urusan mereka, nescaya kita akan terkejut dengan kemampuan mereka berdikari, dan meneruskan kelansungan hidup diera yang mencabar ini. Kita mampu membantu, kita boleh mempermudahkan, dan mereka memerlukan serta mendambakan itu. Tidak banyak yang dipohon, dan pengertian itu adalah asas yang utama, untuk kita dan mereka bersama berganding bahu, bertindak tepat di dalam ruang lingkup pasca covid19. Semuga Allah membantu kita semua , dalam mengharungi detik yang gentir ini.

DILEPASKAN TANPA DIBEBASKAN

Image
Saksi yang telah disepinakan. Saksi tidak hadir walaupun telah diserahkan dengan sepina. Sepina untuk hadir dan mengemukakan keterangan sebagai saksi. Setelah tiga (3) ditetapkan untuk perbicaraan, dan saksi gagal untuk hadir ke Mahkamah bagi memberikan keterangan bagi tujuan pembuktian kes. Mahkamah dengan ini melepaskan tanpa bebas, kesemua OKT tanya bebas dan wang jaminan dikembalikan. Semua anak guam menginsafi dan mensyukuri nikmat kebebasan yg diberikan. Jangan ulangi kesalahan yang sama. Muslim tidak akan di patuk oleh ular yang sama pada lubang yang sama. Maka sentiasa beringat, cermat dan cakna pada setiap masa dan ketika. Ambil lah peluang yang ada untuk memginsafi dan muhasabah diri sendiri. Sesungguhnya ada hikmat atas apa yang berlaku, bagi mereka yg berfikir.

DIDESAK DAN MENDESAK

Image
 Jangan Melampaui Batas. Dalam kehidupan seharian, jangan mendesak dan jangan sekali kali melampaui batas. Setiap satu dan setiap sesuatu mempunyai had dan batasan tersendiri. Jangan sekali kali mencabar had yang tersedia, namun fahami akan cabarannya. Nescaya anda tidak akan menyesal. Mereka yang paling baik anda kenali, mungkin dan boleh bertukar kepada yang maha zalim serta paling menakutkan. Jangan biarkan nasi menjadi bubur dan anda menyesali akan kesudahannya.

TOK NGULU YIE POK SIMPUL

Image
BREAKFAST DI JELAWAT BERJANJI nak jupo breakfast ngan tok ngulu yie di Jelawat. Alhamdulillah, kawan kawan dan sahabat hadir bersama Jilan, Dasran, Pok Su. Ditemani Rashidi Sidi Ahmad @ sidik , org lama pandai bersain. Ramai yang mengenali dia di kawasan bachok ni. Anak buah pok.su wan n Dato Halim. Pengiat politik bachok, berkumpul dan berbahas dan wacana segar dan membina. Namun sekadar di kedai kopi sahaja, tidak diangkat hasrat itu dan tidak pernah diuji wibawa cadangan tersebut. Semuga AJK bahagian yang turut hadir pagi tadi dapat menyuarakan hasrat mereka keperingkat yang seterusnya. Dan jika ianya cukup mampan terus diperjuangkan sehingga ianya menjadi realiti.

MEGGI TIRAM POK WEL

Image
TIRAM FRESH LEMON Bachok banyak makanan yang sedap dan menyelerakan. Petang ni buat sekian kalinya, makan tiram fresh lemon di restoren pok wel meggi tiram. Sedap. Fresh dan menyelerakan seperti biasa. Pok Wel berjaya mengekalkan citarasa asli dan kesegaran Tiram Fresh Lemon. Rasa yang tidak ramai mampu mengekalkan. Kerapkali di restoren lain, rasa dan keseronokkan menikmati makanan dan jaudah menjadi padah, bila rasa masakan itu telah lari dan berbeza yang sebelumnya. Tahniah pok.wel, teruskan dengan pencapaian yang terbaik dan konsisten. Lima bintang untuk Pok Wel Tiram 3.4.2021

Arwah Pisoh Mok Nab

Image
 dari Allah kita datang dan kepada Nya kita kembali Alfatihah dibacakan kepada arwah pisoh mok nab. Selamat kembali kepada pencipta. Dimana kita berasal. Semuga tenang di sana. Dan kami menjadi saksi akan kebaikkan mu.  Aku sendiri telah pergi rumah tempat arwah bertugas di hospital besar Kota Bharu. Pergi dengan poksu ein. Pok su ein bawa aku kesana. Bertujuan menguruskan perkara berkaitan dengan medical check up. Kepada Imi dan Liza sentiasa mendoakan kebaikkan kepada ibu mu, tak lupa juga kepada bapa mu. Doa dari anak anak yg soleh tidak akan ditolak. Ameeeen. Terima kasih, akan ku ingat segala jasa mu.